Pulau Kapas, Marang, Terengganu bakal menjadi tumpuan pengunjung tempatan dan pelancong luar negara yang ingin merasai sendiri pengalaman mencandat sotong.
Walaupun pesta candat
sotong bermula bulan April hingga September, namun aktiviti mencandat dijangka
meriah seawal hujung bulan Mac lagi.
Bagi si kaki candat, sememangnya sedia maklum tarikh yang paling
sesuai untuk mencari sotong adalah berbeza dengan tarikh memancing ikan.
Aktiviti mencandat sotong adalah paling sesuai antara 13 hingga
20 haribulan mengikut Kalendar Hijrah, iaitu ketika bulan semakin membesar
hingga bulan kembali mengecil.
Namun tarikh yang
tetap menjadi pilihan untuk si gila mencandat adalah pada 15 haribulan Hijrah
iaitu di kala bulan penuh kerana ia menjanjikan hasil tangkapan sotong yang
sangat lumayan.
Pada waktu lain sotong juga boleh dicandat tetapi amat kurang
berbanding dengan tarikh ini.
Malah, ada juga pakar candat menasihatkan agar tidak memilih
tarikh ‘air mati’ iaitu pada 6-11 atau 20-26 haribulan Hijrah.
Ini kerana pada masa berkenaan tiada arus dan sotong juga tidak
gemar mahu menangkap candat.
Masa yang paling sesuai untuk keluar mencandat pula adalah
antara pukul 7 hingga 8.30 malam atau 11 hingga 12.30 tengah malam.
Oleh kerana mencandat
sotong sudah menjadi aktiviti tahunan kegemaran ramai sejak beberapa tahun ini,
banyak pengendali bot di Marang yang menawarkan Pakej Mencandat Sotong.
Kadar sewa bot pula bermula dari RM850 hingga RM2,650 bagi
setiap trip mencandat dan ia bergantung kepada saiz bot yang disewa. Jika menyewa bot besar boleh membawa hingga 20 orang
pencandat.
Kebanyakkan bot sewa kini juga dilengkapi dengan lampu limpah
(spot light), Paling seronok kalau
korang bawa stok maggie atau nasi yang boleh dimakan panas-panas
dengan sotong segar yang baru dicandat atas bot. Memang best!
Marang terletak hanya kira-kira 15 kilometer dari Kuala Terengganu dan selain Pesta Candat Sotong di perairan Pulau Kapas, korang juga boleh sertai produk pelancongan lain seperti ‘Swimathon’ serta Pesta Budaya di Pantai Kelulut.
Marang terletak hanya kira-kira 15 kilometer dari Kuala Terengganu dan selain Pesta Candat Sotong di perairan Pulau Kapas, korang juga boleh sertai produk pelancongan lain seperti ‘Swimathon’ serta Pesta Budaya di Pantai Kelulut.
Lagi satu dah alang-alang ada di sana, jangan lupa untuk cuba
sendiri keenakkan air nira, manisan (nisang) dan tentunya ketupat sotong Marang
yang memang terbaik!
Comments
Post a Comment