'King Legend' Murtabak Gergasi di Bazar Ramadhan Putrajaya 2019

Terliur tengok murtabak macam gini pada bulan Ramadhan!😊

Murtabak King Legend

Korang kalau berjalan-jalan di Bazar Ramadhan kalau tak beli murtabak memang tak sah kan? 

Tapi murtabak kali ini 'lain maciam' sikit sebab di antara murtabak yang besar ala-ala gergasi menarik perhatian setiap pengunjung yang datang ke Bazar Ramadhan di Putrajaya.

Mula-mula yang menjadi daya penariknya adalah faktor saiznya yang agak besar berbanding saiz biasa. Itu lah sebabnya ia menjadi "The Best Of Murtabak".

Ketebalan murtabak ini adalah di antara 3 cm ke 4 cm berbanding biasa.

Murtabak 'King Legend' ini mempunyai 3 jenis menu utama iaitu :


a) Murtabak Ayam yang berharga RM10.00 

b) Murtabak Daging pula berharga RM10.00

c) Manakala, Murtabak yang paling legend adalah Murtabak Ayam/ Daging Cheese pada harga RM15.00 sahaja.

Maka tidak hairanlah mengapa murtabak ini terlaris di Bazar Ramadhan Putrajaya pada tahun ini kerana keenakan cheese dicampur pula dengan daging atau ayam yang menjadi resepi murtabak paling 'Kaw'.

Selain itu juga, King Legend Catering ada menyediakan perkhidmatan untuk Majlis Perkahwinan, Pertunangan, Jamuan Makan, Ukir Buah, Deko Meja Adap, Roti Canai dan banyak lagi.

Peniaga King Legend Murtabak
Menu Murtabak


KLIK VIDEO MURTABAK GERGASI!






Sekiranya anda ingin membuat tempahan atau sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi 'King Legend Catering' di talian hotline 010-8266400/ 011-23884415



Comments