Tiada ibu bapa
yang tidak mahu melihat anak-anak mereka berjaya dalam hidup. Mereka sanggup melakukan
apa sahaja, menahan lapar, mengerah keringat hanya untuk memberi yang terbaik
bagi anak-anak tersayang.
Walaupun tidak sepenuhnya bergantung kepada
pendidikan, ia adalah salah satu faktor penting dalam membantu seseorang untuk
memperoleh kejayaan dalam hidup mereka.
Maka tidak hairanlah ada ibu bapa yang
bersusah-payah semata-mata untuk memastikan anak-anak memperoleh pendidikan.
Namun, apa yang terjadi di Vietnam ini berada dalam satu tahap yang lain.
Menurut laporan sebuah akhbar di sana, ibu bapa
terpaksa menghantar anak mereka ke sekolah dengan memasukkan mereka dalam
plastik nylon untuk demi melintasi sebatang sungai selebar 20 meter.
Kejadian itu
adalah perkara yang biasa berlaku di perkampungan Huoi Ha apabila tiba sahaja
musim hujan. Pada musim panas, ada sebatang jambatan yang dibina untuk
memudahkan orang ramai melintasi sungai berkenaan.
Akan tetapi, pada musim hujan, paras air
sungai akan mula meningkat dan air sungai akan mula mengalir lebih deras. Ia
menyebabkan jambatan tidak mampu bertahan dan rakit juga tidak boleh digunakan.
Hal ini
menyebabkan ibu bapa terpaksa mengupah seorang lelaki bagi membantu anak-anak
mereka untuk menyeberangi sungai itu untuk ke sekolah. Mereka menunggu dengan
penuh rasa risau di tebing sungai sementara anak mereka menyeberangi sungai itu
dengan diletakkan di dalam plastik.
Musim hujan di sana sering berlaku di antara
bulan Jun hingga Oktober setiap tahun. Tidak cukup dengan itu, kanak-kanak
tersebut juga terpaksa berjalan kaki sejauh 15 km selepas berjaya menyeberangi
sungai berkenaan.
Melihat kepada apa yang dilalui oleh mereka,
maka kita seharusnya bersyukur dipermudahkan dalam usaha kita untuk menuntut
ilmu pengetahuan di negara ini.
Bersyukurlah dengan apa yang ada!
Bersyukurlah dengan apa yang ada!
Comments
Post a Comment