Jaguh sukan badminton negara Datuk Lee Chong Wei telah mengumumkan persaraan dalam arena badminton. Jatuhnya air mata seorang wira negara apabila berita itu diumumkan setelah 19 tahun berjuang mengharumkan nama negara di persada negara.
Menerusi Harian Metro, beliau
mengucapkan ribuan terima kasih kepada tenaga sokongan dalam Persatuan
Badminton Malaysia (BAM) di Menara Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

Terima kasih kepada semua jurulatih, terutama jurulatih yang membawa saya naik ke tahap ini, Datuk Misbun Sidek.
Saya tidak pasti sama ada beliau ada di sini atau tidak. Ada beberapa jurulatih ada di sini, terima kasih Hendrawan dan Tey Seu Bock. Begitu juga dengan tenaga sokongan yang mengikut saya ke mana saya pergi, fisioterapi….(terus menangis dalam tempoh seminit).
Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Abdul Rahman cuba
mentenangkan beliau sambil beberapa wartawan menjerit sahutan ‘ayuh sang
juara’.
Bekas pemain nombor satu dunia itu meraih pingat perak
Sukan Olimpik sebanyak tiga kali dan meraih kejuaraan Terbuka Malaysia 12 kali.
Comments
Post a Comment