Faktor Susah Untuk Kembangkan Bisnes



Image result for orang stress

Antara masalah membina kader atau pelapis pengurusan dalam usaha besarkan perniagaan kita adalah:

   Kesukaran memilih orang yang berkelayakan dan sesuai. Ini memang perkara biasa dan tidak ada jalan pintas. Kita perlu cuba dan teruskan sehingga kita berjaya menemuinya. Ingat intan ditemui setelah bertan-tan tanah dikorek. Itupun perlu dibasuh dan digilap sebelum ianya menjadi berharga.




Bersikap terlalu sempurna. Ada ramai para peniaga yang berlagak sempurna dan mengharapkan orang lain juga sempurna atau lebih sempurna daripadanya. Sikap ini membuatkan kita tidak dapat menerima kesalahan anak buah dan ia sebenarnya menyusahkan diri kita sendiri.

Image result for orang stress

Takut perniagaan merosot. Ini perkara biasa yang dialami oleh kebanyakan usahawan untuk menambah pekerja. Penambahan pekerja bermakna kos akan meningkat. Jika pernaigaan merosot dia risau tak mampu menyara para pekerjanya. Tak ada perniagaan yang untung dari awal hingga akhir, ia lumrah dan sering kali akan ada saja jalan penyelesaiannya. Paling terukpun kita boleh kurangkan jumlah pekerja sehingga perniagaan pulih kembali.

http://bit.ly/daftarJH

Bersikap buruk sangka pada orang lain. Sikap buruk sangka membuatkan kita sentiasa tidak percaya pada sesiap saja. Kita tak akan gajikan orang untuk buat jualan kerana takut dia akan larikan pelanggan dan begitulah seterusnya pada kerja yang lain. Sikap ini akhirnya membuatkan tidak ada sesiapa yang sanggup bekerja dengan kita.



Tak tahu macam mana nak bahagikan tanggung jawab. Perkara biasa bila kita tak pernah percaya pada orang lain lalu tak pernah pelajar untuk lepaskan tugasan pada orang bawah.

Comments