Kapal terbang merupakan medium pengangkutan bagi membawa penumpang dalam jarak yang jauh sama ada di dalam negeri atau ke luar negeri.
Namun,
sedarkah anda bahawa kapal terbang kebanyakannya berwarna putih. Benar, kapal
terbang sememangnya mempunyai warna yang lain bagi hiasan jalur dan nama yang
berbeza tetapi warna asasnya tetap berwarna putih.
Pesawat kapal terbang kebiasaannya berwarna putih adalah disebabkan oleh beberapa faktor. Antara salah satu faktor yang menyebabkan pesawat berwarna putih kerana warna tersebut mempunyai kelebihan termal. Melalui kelebihan termal ini, proses pemeriksaan pada pesawat adalah lebih mudah untuk mengesan keretakan dan penyok. Warna putih merupakan pemantul cahaya yang paling berkesan di mana ia boleh mencerminkan hampir semua cahaya yang menimpa ke atasnya.

Selain itu, warna putih juga dapat mengurangkan serapan haba terhadap badan pesawat. Disebabkan pesawat berada di udara dan lebih dekat dengan cahaya matahari, suhu panas akan lebih cepat terperangkap terhadap pesawat tersebut. Oleh yang demikian, warna putih dapat mengelakkan pembentukan haba berbanding warna lain yang lebih gelap.
|
Antara faktor lain pesawat kapal terbang hadir dengan warna putih adalah kerana tidak melibatkan kos yang mahal. Tambahan lagi, pelbagai variasi warna yang terdapat pada badan pesawat akan menambahkan beratnya. Warna putih juga tidak mudah pudar memandangkan pesawat kapal terbang sering terdedah kepada pelbagai keadaan atmosfera di udara.
Walaupun begitu, terdapat juga kapal terbang yang berwarna selain warna putih. Ianya juga hadir bersama beberapa faktor dan antaranya bagi mempamerkan imej sesuatu jenama
Comments
Post a Comment