Nilai Puluhan Bilion Ringgit, Adakah Pemilik Misteri Kapal Layar Termahal Didunia Ini Adalah Rakyat Malaysia?
History Supreme, sebuah kapal
layar yang didakwa sebagai yang termahal di dunia, dikatakan diselaputi oleh
sekitar 100,000 kg emas, platinum dan perhiasan permata.

Tidak cukup dengan itu, sebuah patung atau arca yang dihasilkan
daripada tulang dinasour asli, Tyrannosaurus rex atau T-Rex yang didapati dari
Arizona, USA turut menghiasi bilik tidur utama kapal layar berkenaan.
Sekeping tulang peha dinosaur berkenaan sahaja dilaporkan
bernilai lebih kurang $68,000(~RM284,000).
Selain itu sebahagian besar
daripada bahagian dalaman kapal layar ini dihiasi dengan pelbagai lagi
perhiasan bernilai tinggi termasuklah sebuah akuarium yang diperbuat daripada
68kg emas 24 karat.
Maka tidak hairanlah ia diiktiraf sebagai kapal layar termahal
di dunia ketika ini. Menurut World Maritime Affairs, History Supreme ini
dinilai pada harga $4.8 bilion(~RM20.05 billion).
Kapal berkenaan telah direka oleh pereka terkenal UK, Stuart
Hughes.
Menurutnya, kapal itu mengambil masa kira-kira tiga tahun untuk
disiapkan sepenuhnya dan memakan kos kira-kira $3 billion(~RM12.5 billion).

Namun, apa yang mencuri tumpuan
ialah kapal layar ini dikatakan dimiliki oleh seorang rakyat Malaysia. Akan
tetapi, identiti sebenar pembelinya tidak diketahui, walau oleh Stuart Hughes
sekalipun. Malah, dunia juga tidak mengetahui sama ada pembeli pada 2011 itu
masih menjadi tuan kepada kapal mewah ini ataupun sudah melepaskannya kepada
pemilik yang lain.
Melihat kepada harganya, hanya enam(6) orang rakyat Malaysia
sahaja yang mampu memilikinya jika menurut laporan Forbes. Mereka ialah Robert
Kuok yang memiliki aset berjumlah RM52.35
billion, Tan Sri Quek Leng Chan(RM38.4
billion), Tan Sri Teh Hong Piow(RM27.4 billion), T. Ananda Krishnan(RM25.3
billion) sertaTan Sri Lee Shin Cheng(RM22
billion).
Jadi, siapakah pemilik sebenar kapal layar termahal dunia ini?
Tiada siapa yang mengetahuinya ketika ini.
Comments
Post a Comment