Syarikat pembekal tenaga elektrik
utama negara, Tenaga Nasional Berhad (TNB) akan dikenakan penalti oleh
Suruhanjaya Tenaga (ST) selepas didapati melakukan beberapa kesalahan dan
ketidakpatuhan menyediakan perkhidmatan utiliti kepada pengguna.
Mendedahkan perkembangan terbaru itu, Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam
Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin berkata, ST sedang menyenaraikan
jumlah kesalahan dilakukan TNB sebelum mengumumkan penalti yang perlu dibayar
syarikat berkenaan. Berdasarkan siasatan awal, beliau mendapati TNB melakukan
kesalahan kerana tidak menepati prestasi perkhidmatan piawai ditetapkan
kementerian dalam menyediakan perkhidmatan elektrik, baru-baru ini.
“TNB melakukan kesalahan dan apa yang berlaku sebelum ini (kenaikan bil) disebabkan
masalah teknikal syarikat berkenaan. Mereka sudah selesaikan 50 peratus aduan
sebelum hari raya, namun saya masih menunggu kemas kini keseluruhan aduan yang
sudah selesai.
“Memang mereka (TNB) ada lakukan kesalahan mengikut Akta Bekalan Elektrik 1990
dan akan dikenakan penalti oleh Suruhanjaya Tenaga. Ada dua pilihan sama ada
dikenakan tindakan mahkamah atau penalti. Tapi penalti lebih senang.
“Sekarang ST masih mengumpul jumlah kesalahan yang dilakukan TNB dan jumlah
kesalahan dan penalti akan diumumkan tidak lama lagi.
“Ini untuk mengingatkan TNB juga tidak boleh cuai dalam menyediakan
perkhidmatan elektrik di Malaysia,” katanya ketika ditemu bual di pejabatnya,
di sini, semalam.
Bee Yin berkata, sebagai penyedia perkhidmatan dan pemegang lesen, TNB
seharusnya patuh dengan prestasi perkhidmatan piawai supaya tidak membebankan
pengguna dan menjadi lebih baik.
Tambahnya lagi, sebagai pengawal selia, ST bertindak lebih tegas terhadap
penyedia perkhidmatan dan sekiranya kesalahan dikesan, tindakan sewajarnya akan
dibuat.
“TNB melakukan kesalahan dan apa yang berlaku sebelum ini (kenaikan bil) disebabkan masalah teknikal syarikat berkenaan. Mereka sudah selesaikan 50 peratus aduan sebelum hari raya, namun saya masih menunggu kemas kini keseluruhan aduan yang sudah selesai.
“Memang mereka (TNB) ada lakukan kesalahan mengikut Akta Bekalan Elektrik 1990 dan akan dikenakan penalti oleh Suruhanjaya Tenaga. Ada dua pilihan sama ada dikenakan tindakan mahkamah atau penalti. Tapi penalti lebih senang.
“Sekarang ST masih mengumpul jumlah kesalahan yang dilakukan TNB dan jumlah kesalahan dan penalti akan diumumkan tidak lama lagi.
“Ini untuk mengingatkan TNB juga tidak boleh cuai dalam menyediakan perkhidmatan elektrik di Malaysia,” katanya ketika ditemu bual di pejabatnya, di sini, semalam.
Bee Yin berkata, sebagai penyedia perkhidmatan dan pemegang lesen, TNB seharusnya patuh dengan prestasi perkhidmatan piawai supaya tidak membebankan pengguna dan menjadi lebih baik.
Tambahnya lagi, sebagai pengawal selia, ST bertindak lebih tegas terhadap penyedia perkhidmatan dan sekiranya kesalahan dikesan, tindakan sewajarnya akan dibuat.

Comments
Post a Comment