KETERUJAAN vloger
wanita dari Lianyungang, China, untuk makan seekor sotong kurita yang masih
hidup sambil merakamkannya secara langsung bertukar ngeri apabila haiwan itu
menyedut wajahnya.
Menerusi video
berdurasi 50 saat yang tular di laman sosial, bahagian bibir, pipi dan mata
wanita dikenali sebagai ‘seaside girl Little Seven’ disedut ketika dia cuba
menyuakan ‘makanan istimewa’ itu ke dalam mulutnya.
Inilah yang dipanggil 'tidak ada penyakit cari penyakit'.
Inilah yang dipanggil 'tidak ada penyakit cari penyakit'.
Pada awal rakaman,
wanita itu sempat memberitahu betapa kuatnya sedutan sotong tersebut, namun
tidak lama kemudian dia mula menjerit kesakitan apabila ia enggan melepaskan
wajahnya.
“Ia sangat
menyakitkan. Saya tidak boleh melepaskan gigitannya,” jeritnya sambil berusaha
menarik sotong itu dari wajahnya.
Selepas berjaya
melepaskan sotong itu dari wajahnya, dia memberitahu akan makan sotong
berkenaan pada video lain.
Sejak dua minggu
lalu, seaside girl Little Seven merakamkan dirinya makan pelbagai makanan laut
dimasak termasuk udang kara dan udang galah di saluran siaran langsung
miliknya.
Bagaimanapun, video
terbaharunya itu tular dan menjadi topik bualan pengguna platform media sosial
di China.
Comments
Post a Comment