Rekod dunia terbaharu untuk sepasang kasut telah ditetapkan pada lelongan hari Selasa lalu, apabila seorang pengumpul tegar berjaya membuat bidaan yang mencecah $ 437,500 (RM 1.8 Juta) bagi "Moon Shoe" Nike 1972," kata syarikat pembida Sotheby.
Jualan itu mencapai rekod sebelumnya iaitu $ 190,373 yang telah dibeli pada tahun 2017 untuk sepasang Converse yang dipakai oleh Michael Jordan dalam final bola keranjang Olimpik 1984. Kata lelongan yang beribu pejabat di New York dalam satu kenyataan.
Lelongan tersebut mengatasi anggaran awal kami sebanyak $ 160,000, tambah Sotheby.
Pengumpul Kanada Miles Nadal (Canadian Collector Miles Nadal) adalah 'bidder' yang berjaya membuat penawaran lelongan secara atas talian. Menjadikan bilangan koleksi pengumpul kasut tersebut kepada 99 pasang kasut yang sukar diperolehi di dalam simpananya.
"Saya sangat gembira dan teruja memperolehi Nike 'Moon Shoes' yang ikonik ini, 'Ia merupakan salah satu daripada sepasang kasut paling jarang yang pernah dihasilkan. Selain itu juga, ia mempunyai artifak sejarah yang sebenar dalam arena sejarah sukan," kata Nadal.
Pengasas bersama Nike, Bill Bowerman telah mencipta 'Moon Shoe' bagi tujuan perlumbaan larian untuk pelari pada latihan Olimpik tahun 1972.
Selain itu juga, Sotheby's berkata hanya 12 pasang sahaja yang dikeluarkan oleh kilang pembuatan kasut tersebut. Set Moon Shoe yang dijual pada lelongan Selasa lalu adalah salah satu daripada pasangan kasut yang masih wujud".
Acara lelong tersebut telah bergabung dengan stok Stevie Marketplace untuk menjual 100 kasut yang jarang diperolehi.
Nadal yang berusia 61 tahun menghabiskan $ 850,000 untuk membeli 99 pasang kasut daripada lelongan itu.
Nadal juga berhasrat untuk mempamerkan kasut Nike yang dipakai oleh Marty McFly dalam filem hit "Back to the Future II," di muzium peribadinya di Toronto.
Comments
Post a Comment