KANGAR: ‘Raja Ular Perlis’ yang juga kakitangan Taman Ular dan Reptilia Batu Pahat, di sini cedera selepas dipatuk ular tedung selar ketika sedang memberi makan kepada reptilia itu di tempat kerjanya petang semalam.
-Gambar sekadar hiasan-
Mangsa, Muhammad Hafiz Alias, 26, diserang reptilia itu pada bahagian atas lutut kirinya dan kini sedang menerima rawatan di Unit Pemerhatian Rapi dan Kecemasan (ICU) Hospital Tuanku Fauziah (HTF), di sini.
Mangsa, Muhammad Hafiz Alias, 26, diserang reptilia itu pada bahagian atas lutut kirinya dan kini sedang menerima rawatan di Unit Pemerhatian Rapi dan Kecemasan (ICU) Hospital Tuanku Fauziah (HTF), di sini.
Pemangku Pengurus Taman Ular dan Reptilia Batu Pahat, Ariffin
Baharom, berkata, beliau menerima laporan mengenai kemalangan itu melalui
kakitangannya sejurus Muhammad Hafiz diserang ular berkenaan.
“Saya masih menunggu laporan penuh mengenai kemalangan ini dan
saya difahamkan kejadian berlaku sekitar jam 3.30 petang ketika dia masuk ke
dalam sangkar untuk memberi ular berkenaan makan mengikut jadual.
“Sejurus dipatuk, dia memaklumkan kepada rakan sekerjanya
sebelum dihantar ke HTF petang semalam dengan menaiki kenderaan syarikat.
“Sejurus sampai di unit kecemasan, dia pengsan dan tidak
sedarkan diri sehingga dimasukkan ke dalam wad,” katanya ketika dihubungi, hari
ini.
Ariffin berkata, beliau sudah melawat kakitangannya itu malam
tadi dan perkembangan Muhammad Hafiz dilihat semakin positif.
“Semalam dia tidak bergerak langsung sejurus pengsan, namun hari
ini dia ada menunjukkan sedikit pergerakan dan kita berharap dia cepat sembuh
daripada kemalangan yang menimpanya.
“Ia adalah kejadian kali kedua menimpa Muhammad Hafiz dan saya
menyarankan pihak di luar sana tidak terlalu ghairah untuk bermain dengan ular
sekiranya mereka tidak mempunyai pengetahuan asas mengenai reptilia ini,”
katanya
Comments
Post a Comment